0

Nabi Tinggal Bersama Bapa Saudaranya

Posted by kopiahlembik on 1:59 AM in
MINGGU 35,36
Abu Talib menjalankan peranannya terhadap anak saudaranya dengan sesempurna mungkin.Dia memasukkan baginda bersama anak-anaknya tetapi mengutamakan baginda terhadap mereka secara khususnya dari segi penghormatan . baginda terus tinggal bersama pamannya sehingga melebihi 40 tahun . Abu Talib sering melindungi baginda.Beliau sanggup berkawan dan bermusuh kerana anak saudaranya .
RAMPAIAN AGAMA ISLAM 1991

P
ada masa Nabi Muhammad s.a.w berumur 12 baginda pergi ke Syam ( Syiria ) .Baginda mengikut bapa saudaranya , Abu Talib pergi ke Syam untuk berniaga .Abu Talib mengajar Nabi Muhammad s.a.w cara-cara berniaga.
Berniaga adalah pekerjaan yang baik dan mulia. Nabi Muhammad s.a.w berniaga secara jujur . Barang-barang jualan baginda sangat laku .Baginda mendapat untung yang banyak . Setelah dewasa nabi Muhammad s.a.w menjadi seorang yang pandai berniaga .

Ancaman hendak membunuh Nabi Muhammad s.a.w

Abu Talib bersamana rombongan perniagaanya pergi ke Kota Basra . Kota Busra terletak di Syam (Syiria) dan ibu negeri Hawran yang pada masa itu ialah ibu negeri bagi negara-negara Arab yang tunduk kepada pemerintahan Rom .Di Kota ini abu Talib bertemu dengan seorang pendeta Nasrani yang bernama Bahira (namanya ialah Jarjis)yang sedang beribadat di dalam gereja . Pendeta itu ternampak Nabi Muhammad s.a.w . Kata pendeta itu , Nabi Muhammad s.a.w akan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman .
Pendeta itu menyuruh Abu Talib supaya segera membawa Nabi Muhammad s.a.w pulang ke Mekah . kalau orang yahudi tahu Nabi Muhammad s.a.w ada di situ, mereka akan membunuhnya . abu Talib bersama Nabi Muhammad s.a.w pun pulang ke Mekah.

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 ASAS ULUMUL SYAR'IAH-SIRAH NABAWIYYAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.