0

Kematian Bapa Dan Ibu Tercinta

Posted by kopiahlembik on 1:59 AM in
RAMPAIAN AGAMA ISLAM 1991

BAPA
Ayah Nabi Muhammad s.a.w bernama Abdullah . Kerja Abdullah berniaga . Pada suatu masa , Abdullah pergi ke Syam untuk berniaga .Dia singgah di Madinah. Di Madinah dia sakit . Dia meninggal dunia dan dikebumkan di sana .
Pada masa itu Nabi Muhammad s.a.w baru 2 bulan di dalam kandungan ibunya . Abdullah meninggalkannya 5 ekor unta dan beberapa ekor kambing . Dia juga meninggalkan seorang hamba bernama Ummu Aiman(Nama asalnya :Barakah -hamba wanita Habsyah).

IBU
Aminah ibu Nabi Muhammad s.a.w pergi ke Yathrib (Madinah ). Dia hendak berziarah ke kubur suaminya . Dia juga hendak berjalan ke rumah keluarganya lalu dia pun keluar dari mekah mengenderai kenderaan sejauh 500 km. Dia pergi bersama dengan nabi Muhammad s.a.w dan Ummu Aiman . Ketika itu umur nabi 6 tahun .Rombongan itu diketuai oleh Abd al Mutallib.
Mereka tinggal di Madinah selama 1 bulan . Mereka pergi ke rumah keluarga di Madinah . Mereka berziarah makam Abdullah , ayah Nabi Muhammad s.a.w.Selepas itu mereka balik ke Mekah . Ketika sampai di Abwak , Aminah sakit . Dia dan dikebumikan di sana.Ummu Aiman membawa Nabi Muhammad s.a.w balik ke Mekah . Nabi Muhammad s.a.w dijaga oleh datuknya selepas ibunya meninggal dunia . Abdul Mutallib sangat sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w


0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 ASAS ULUMUL SYAR'IAH-SIRAH NABAWIYYAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.